Mekanisme Kawal Selia

Permohonan Kebenaran Merancang Di Bawah Subseksyen 22(2A), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)

 

Subseksyen 22(2A) Akta 172 memperuntukkan bahawa permohonan untuk kebenaran merancang yang perlu diangkat ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) adalah bagi pembangunan melibatkan tiga (3) perkara iaitu:-

 

(a) Perenggan 22(2A)(a) - Pembangunan suatu perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu, atau meliputi suatu kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar atau kedua-duanya; atau

 

(b) Perenggan 22(2A)(b) - Suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan awam utama/negara; atau

 

(c) Perenggan 22(2A)(c)Suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan pemajuan.

 

Proses Perakuan Pembangunan Di Bawah Peruntukan Subseksyen 22(2A), Akta 172

 

Bagi melaksanakan proses perakuan pembangunan, Jawatankuasa Kawal Selia MPFN diwujudkan di peringkat persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM) dan dianggotai oleh jabatan serta agensi teknikal di peringkat persekutuan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (JPBD Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan.

 

Jawatankuasa Teknikal ini bertindak sebagai satu platform  atau forum kerjasama di peringkat persekutuan dan negeri bagi memastikan semua maklumat, isu-isu dan masalah pembangunan diteliti dan ditangani secara bersama.

 

PBT atau JPBD Negeri setelah mengenalpasti permohonan kebenaran merancang yang melibatkan peruntukan subseksyen 22(2A), akan menyediakan Kertas Perakuan Permohonan serta dokumen-dokumen berkaitan dan seterusnya mengemukakan kepada JPN bersama-sama dengan Borang Permohonan Pembangunan di bawah subseksyen 22(2A) Akta 172.

 

 

Print Email

kpkt     mygov   mygovuc   mampu min     hrmis min      anm min     sprm min    Logo MyICSC