• Home
  • About Us
  • PLANMalaysia
  • Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PLANMalaysia

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PLANMalaysia

PENGENALAN MBJ

 APA ITU MBJ

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana dua pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan dan serta menyumbangkan idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.


BIDANG DAN FUNGSI

Bidang dan fungsi majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut:-

  • Membincangkan dan memutuskan akan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan pentadbiran berkenaan kecuali semua perkara mengenai pekerja-pekerja perseorangan;

  • Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah mana tugas-tugas mereka dijalankan;

  • Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai-bagai Jabatan; dan

  • Mengadakan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan dan organisasi pejabat serta peruntukan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.


    PERKARA YANG BOLEH DIBINCANGKAN

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja. Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.


FAEDAH MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.


SURAT PEKELILING MBJ

BIL

 TAJUK

1

 PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 3 TAHUN 2002

2

 PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 2 TAHUN 1992

 

PERLEMBAGAAN MBJ PLANMALAYSIA

Seperti di lampiran

 

KEAHLIAN MBJ

TANGGUNGJAWAB

Peranan Pengerusi MBJ Pihak Pekerja

  • Mempengerusikan mesyuarat MBJ Pihak Pekerja
  • Membentangkan isu / cadangan dalam mesyuarat MBJ-PLANMalaysia
  • Melantik mana-mana ahli lain yang difikirkan sesuai untuk menjalankan tugas dalam keadaan ketiadaan Pengerusi Pihak Pekerja

Peranan Setiausaha MBJ Pihak Pekerja

  • Memanggil mesyuarat Pihak Pekerja sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mesyuarat MBJ- PLANMalaysia
  • Memastikan kehadiran ahli MBJ Pihak Pekerja dalam mesyuarat MBJ-PLANMalaysia mencukupi kuorum yang ditetapkan seperti dalam perlembagaan
  • Menapis isu / cadangan yang dikemukakan oleh ahli MBJ Pihak Pekerja

Peranan Ahli MBJ Pihak Pekerja

  • Mendapatkan isu / cadangan daripada warga di setiap Bahagian yang diwakili
  • Mengemukakan isu / cadangan kepada Setiausaha MBJ Pihak Pekerja
  • Menghadiri mesyuarat MBJ-PLANMalaysia Pihak Pekerja dan MBJ-PLANMalaysia Pihak Pegawai

SENARAI PIHAK MAJIKAN

Seperti di lampiran (Akan dikemaskini kemudian)

SENARAI PIHAK PEKERJA

Seperti di lampiran

Print Email

kpkt     mygov   mygovuc   mampu min     hrmis min      anm min     sprm min    Logo MyICSC