Apakah Perbezaan Utama Diantara RFN dan RFN Ke-2?

Dua Perbezaan Utama Iaitu Dari Segi Konsep Dan Strategi Keseluruhan

  • Konsep Selective Concentration dalam RFN pertama lebih menumpukan kepada pembangunan bandar khususnya conurbation.
  • Konsep Concentrated Decentralisation dalam RFN Ke-2 menganjurkan supaya pembangunan bukan sahaja tertumpu kepada conurbation tetapi lebih seimbang dengan tumpuan juga dilokasi-lokasi terpilih dalam koridor pertumbuhan.

Cetak Emel

Apakah Rancangan Fizikal Negara Dan Fungsinya?

Suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. RFN perlu disediakan menerusi proses perundingan diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta mengambil kira dasar perbandaran negara semasa atau dasar-dasar lain yang berkaitan. RFN disediakan bagi Semenanjung Malaysia dan tidak meliputi Sabah dan Sarawak kerana kedua-dua negeri tertakluk kepada perundangan yang berbeza. 

RFN berfungsi untuk menterjemahkan objektif sosio-ekonomi Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar-dasar pembangunan sehingga tahun 2020, serta objektif sektoral ke dalam bentuk spatial untuk menjadi panduan dari segi agihan geografi diantara negeri, di dalam negeri dan diantara kawasan tempatan.

Perancangan spatial adalah suatu proses yang kompleks. Ianya melibatkan pelbagai bidang dan dasar yang berkaitan dengan pelbagai sektor dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti sektor perkhidmatan utiliti dan penglibatan daripada sektor swasta. Perancangan fizikal yang berkesan adalah melibatkan penyertaan daripada pendekatan “top-down” dan “bottom-up’. Dalam penilaian semula RFN Pertama, perkara utama yang diambilkira ialah mendapatkan maklum balas secara diskursif dan konsultatif daripada semua agensi kerajaan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan sistem pengurusan bandar yang terbaik (‘Good Governance’) dan penglibatan awam dalam perancangan yang berkesan.

Cetak Emel

APAKAH PERUNTUKAN PERUNDANGAN YANG DIGUNAKAN DALAM PENYEDIAAN RFN?

Seksyen 6B, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) merupakan asas perundangan di dalam penyediaan RFN di mana dibawah akta ini RFN didefinisikan seperti berikut:

  • Merupakan pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi tujuan menentukan halatuju pembangunan fizikal negara; dan
  • Mengandungi perkara-perkara lain sebagaimana ditetapkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN).

Ini menjadikan RFN sebagai satu dokumen ‘statuory’, sungguhpun penyediannya tidak di peruntukkan untuk di wartakan.

Cetak Emel

APAKAH FUNGSI RFN KE-2?

Fungsi utama RFN Ke-2 adalah:

  1. Memperkukuhkan perancangan pembangunan negara dengan memberikan dimensi spatial kepada dasar-dasar sosio-ekonomi negara;
  2. Menyelaras keputusan dan tindakan agensi pelbagai sektor yang terlibat dengan pembangunan fizikal;

iii.       Mewujudkan satu kerangka spatial bagi perancangan di peringkat wilayah, negeri dan tempatan; dan

  1. Menyediakan dasar-dasar perancangan fizikal bagi memastikan pembangunan mapan.
  2. Menganjurkan langkah-langkah sektoral bagi agensi pelaksanaan dalam membawa mereka lebih ke hadapan dalam menyokong dasar spatial nasional dan rangka kerja; dan
  3. Mengenalpasti program-program penting untuk di bawa perhatian dan meningkatkan konsep rekabe perancangan spatial yang lebih inovatif.

Cetak Emel

APAKAH IMPLIKASI KEPADA AGENSI PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI SEKIRANYA TIDAK MEMATUHI DASAR RFN TERUTAMANYA DI PERINGKAT PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA LIMA TAHUN DAN RANCANGAN PEMAJUAN?

Dari segi implikasi kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sekiranya tidak mematuhi Dasar RFN adalah dianggap tidak mematuhi arahan dan dasar yang telah diputuskan oleh MPFN dan tidak menjalankan tugas-tugasnya seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 6B(5), Akta 172.

Dari segi implikasi ketidakpatuhan dasar RFN di peringkat unjuran tahunan Rancangan Malaysia pula, dasar-dasar RFN sepatutnya menjadi asas kepada bajet perancangan Rancangan Malaysia Lima Tahun. Sekiranya dalam Rancangan Pemajuan, terutamanya Rancangan Struktur, tidak mengambilkira dasar-dasar RFN, maka penyediannya telah melanggar peruntukan di bawah perenggan 7(3)(aa), Akta 172.

Cetak Emel

kpkt     mygov   mygovuc   mampu min     hrmis min      anm min     sprm min    Logo MyICSC