Apakah Matlamat dan Objektif DPN?
Matlamat DPN ialah ”Mewujudkan Bandar Berwawasan Dengan Komuniti Dan Kehidupan Yang Sejahtera Menerusi Pembangunan Perbandaran Yang Mampan”
Objektif DPN adalah seperti berikut :
- Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progressif dan mampan;
- Membangun dan memperkukuh ekonomi bandar yang berdaya saing;
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosial;
- Membasmi kemiskinan bandar;
- Memperkukuhkan sistem perancangan, pelaksanaan dan pemantauan; dan
- Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar.