Ensiklopedia
UNDANG-UNDANG PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SERTA PENGURUSAN ENSIKLOPEDIA
Proses penyediaan undang-undang perancangan bandar dan desa sejak beberapa tahun lepas memberi kesan kepada pembangunan negara. UNDANG-UNDANG PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SERTA PENGURUSAN ENSIKLOPEDIA ini adalah satu usaha untuk mengumpulkan semua perundangan serta prosedur lain yang telah dihasilkan dan diwartakan oleh kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau kerajaan negeri yang berkaitan bagi amalan perancangan Bandar dan desa di Semenanjung Malaysia.
Kandungan ensiklopedia ini terdiri daripada :
- Sejarah dan undang-undang perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia;
- Organisasi dan pentadbiran perkhidmatan perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia;
- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);
- Akta-akta perancangan bandar dan pentadbiran bandar dalam wilayah persekutuan;
- Statutories berkaitan;
- Ringkasan kes-kes dan keputusan mahkamah;
- Peraturan dan pengawalan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);
- Proses dan prosedur perancangan di Semenanjung Malaysia; dan
- Ringkasan garis panduan perancangan.
Ensiklopedia ini merupakan satu 'pusat sehenti' sumber rujukan yang mengandungi undang-undang semasa, prosedur-prosedur, garis panduan dan rumusan berkaitan dengan perancangan bandar dan desa di Malaysia.
Faedah Ensiklopedia
- Menjimatkan masa dan wang dimana maklumat boleh diperolehi dengan lebih cepat tanpa melalui penerbitan lain.
- Berkongsi pendapat dan pengetahuan daripada pakar dalam bidang ini.
- Mesra pengguna seperti kandungan disusun dalam indeks, untuk memudahkan rujukan.
- Maklimat sentiasa dikemaskini berkaitan dengan perancangan bandar.
Ensiklopedia ini berguna untuk berbagai-bagai profesion, terutama kepada perancang-perancang bandar, penilai hartanah, arkitek-arkitek, jurutera-jurutera, peguam-peguam, juruukur bahan, pencinta alam sekitar, pengurus-pengurus industri, pegawai penguatkuasaan dan ahli-ahli akademik.